Friday 24 January 2014

Apabila sahabat bertanya mengenai nikah muda



Hari itu, seperti biasa saya dan encik suami skype, saling bertukar cerita.
Cerita dari Mekah - Cerita dari Malaysia

Lalu kuceritakan tentang rakan rakanku yang bertanya bagaimana nak nikah muda?

ILMU FARDU AIN

Itu perkataan yang ku dengar dari suamiku.
Ya
.
Sebaiknya, kita persiapkanlah dalam hati ilmu fardhu ain.
Sebaiknya kita pergi ke majlis majlis ilmu seperti ke kuliah magrib, kuliah subuh atau apa saja kuliah yang diadakan di masjid, atau nama lainnya ialah talaqi, mengaji dengan guru yg bersanad. Sanadnya sampai kepada Rasulullah.

Andai terlalu sibuk sekalipun, sekurang kurangnya biasakan diri mendengar ceramah, kuliah daripada para asatizah yang diyakini ilmunya seperti Habib Ali Zainal Abidin, Habib Ali Al Jufri, Ustaz Muhadir, Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.

Saya akui, walaupun diri bergelar pelajar universiti, belajar undang undang syariah lagi, namun apalah sangat ilmu fardhu ain yg ada di dada.

Segala ilmu fardhu ain tidak dapat kita jumpa dalam kelas secara keseluruhan. Tapi insyaAllah dapat kita jumpa di kuliah agama.

Terutama lelaki.

Risau risau isteri tanya – darah warna coklat tu dikira darah haid ka?
Atau isteri tanya – boleh salam tak dengan atuk saudara?

Apa pun, nak menikah muda atau menikah tua, atau tidak menikah sekalipun, ilmu fardhu ain tetap wajib dipelajari

Namun, semoga kita tidak berguru dengan Syeikh Google. 

Sesungguhnya kami juga masih perlu belajar, banyak.. terlalu banyak kekosongan ilmu dalam jiwa. 

Sama samalah kita menuntut ilmu agama.

Sesungguhnya ilmu itu cahaya yang menerangi hidup kita, di dunia mahupun di akhirat

tiada guna kaya harta tapi jahil agama.
tiada guna cantik rupa tapi jahil agama.
tiada guna tinggi pangkatnya tapi jahil agama.

No comments:

Post a Comment